Tuesday, January 27, 2009

Ceramah Khas Mesra Rakyat Meraikan YB Dato' Nasarudin Hashim


Ceramah Khas Mesra Rakyat

Penceramah
1. Dato' Seri Anwar b. Ibrahim - AP Permatang Pauh
2. Dato' Seri Ir. Mohd Nizar b. Jamaluddin - MB Perak
3. Dato' Nasarudin b. Hashim - ADUN Bota
4. Tuan Hj. Usaili b. Alias - Penyelia DUN Bota

Tarikh : 30 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Stadium Bakri Rais, Bota Kanan, Perak.

Semua dijemput hadir.


Suasana Ceramah Khas Mesra Rakyat


Majlis Kesyukuran PKR Cawangan Telok Bakong

Hj. Usaili b. Alias


Satu majlis kesyukuran meraikan peghijrahan YB Dato' Nasarudin Hashim daripada UMNO ke dalam PKR telah diadakan di Laman Tok Anjang, Kg. Telok Bakong pada petang Selasa 27 Januari 2009 . Majlis jamuan kesyukuran ini di anjurkan oleh PKR Cawangan Telok Bakong yang diketuai Sdra. Zainal. Turut hadir ialah Setiausaha PKR Perak, Sdra Anuar Zakaria dan Ketua Bahagian PKR Parit, Hj. Usaili b. Alias.


Sebahagian hadirin yang hadir


Sunday, January 25, 2009

Tahniah YB Nasarudin Hashim ADUN Bota

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat sini sebentar tadi.

Dengan perkembangan ini, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN yang kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi

mStar


PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

Seluruh masyarakat di DUN Bota dan seluruh Malaysia mengalu-alukan kehadiran YB Nasarudin Hashim menyertai kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Thursday, January 8, 2009

K-Ekonomi


Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota melalui K-Perak telah memberi penerangan Tentang Dijital 3D Modeling dan BPO Industry.Taklimat ini Khas Untuk Lepasan SPM ke atas.Lepasan Diploma dan Ijazah di galakkan menyertai taklimat ini.Seramai 60 orang peserta terlibat dalam taklimat ini pada 07/01/09.Dengan inisiatif Kapt(B) Hj.Usaili b.Alias taklimat ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.


















Para peserta dengan penuh minat mendengar taklimat yang di sampaikan oleh Eksekutif K-Perak mengenai kursus ini.




Sebahagian ketua-ketua kampung Dun Bota turut memberi semangat kepada Belia-belia kampung masing-masing.



En.Saidon b.Putih Head IT and Corporate Planning K-perak dan Rakan-rakan dari India Turut turun padang untuk memberi semangat kepada Belia-belia Dun Bota.Untuk menyertai Kursus ini.



Eksekutif dari K-Perak memberi taklimat yang jelas mengenai kursus ini.


Chee Su San memberi taklimat mengenai BPO Industry.








Friday, January 2, 2009

PROGRAM PENERANGAN PALESTIN

Program Penerangan Palestin diadakan pada 02/01/09 (Jumaat) Jam 2.00 petang selepas Sembahyang Jumaat.Program ini diadakan untuk memberi penerangan tentang Palestin.Program Palestin dianjurkan bersama Persatuan Jamaeyah Bota Kanan dan PKM.Telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Bota Kanan bersama-sama Kapt (B) Tn.Hj.Usaili b.Alias Penyelia Dun Bota dan penduduk-penduduk Bota Kanan.

Suasana - suasana Majlis






Penduduk-penduduk Bota Kanan Beramai-ramai mengangkat pesanan masing2 bersama Kapt(B)Hj.Usaili b.Alias.


Semangat yang tinggi oleh penduduk Bota Kanan dapat pujian dari Kapt(B) Hj.Usaili b.Alias.




Marilah kita sama-sama berdoa supaya gaza selamat...dari ancaman jahat.













Bantuan Pelajar Miskin sesi 2009



Program Jom Kembali Ke Sekolah diadakan pada 01/01/09 (Khamis) Jam10.00am.Bertempat diperkarangan Pusat Khidmat Dun Belanja Seleboh.Dirasmikan oleh Penyelia Dun Bota dan Penyelia Dun Belanja.Seramai 29 orang menerima bantuan ini.Bantuan berbentuk Baju,beg dan kasut.Bantuan ini dari Yayasan Perak.


Kapt(B) Tn. Hj Usaili Bin Alias Penyelia Dun Bota memberi ucapan

Ustaz Hj. Muhamad Ismi Bin Mat Taib Penyelia Dun Belanja memberi ucapan




Pelajar Miskin kategori Rendah menerima bantuan



Pelajar Miskin kategori Menengah menerima bantuan




Hadirin yang turut memeriahkan suasana



Semoga Majlis ini mengeratkan hubungan antara penduduk Dun Bota dan Dun Belanja