Saturday, October 24, 2009

Sudah bersedia ke PR hadapi pilihanraya?

Parit Buntar - Tahniah diucapkan kepada Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak yang akan melancarkan Sekretariat Pemudanya 24 Oktober ini di Lumut. Sepanjang hampir setahun BN merampas kuasa dari PR, banyak perkara yang telah dilakukan oleh PR bagi meyakinkan rakyat bahawa, penyalahgunaan kuasa oleh BN ini perlu diserahkan kepada rakyat untuk dibuat pemilihan semula.

Setiap hari, sepanjang masa kita menuntut agar pembubaran ini dilaksanakan namun ia kelihatan masih jauh. Namun seandainya November atau terdekat ini DUN Perak dibubarkan adakah kita bersedia menghadapi cabaran tersebut. Harus diingat sepanjang tempoh setahun ini jangan disangka BN hanya berlapang dada menerima sikap buruk mereka merampas kuasa, akan tetapi secara senyap-senyap mereka bekerja untuk menambat kembali hati rakyat agar memberi undi kepada mereka.

Tidak dapat dipastikan sama ada benar, jumlah pengundi baru didaftarkan melalui UMNO/BN pada suku tahun ketiga menjangkau hampir 35 ribu termasuk pindah pengundi. Kalau ia benar adakah kawasan-kawasan yang PR menang kecil (bawah 1000 undi) bersedia hadapi pengundi baru yang tidak kita jejaki. Ada menyatakan 7000 pengundi baru bakal disumbat di Larut. Manakan tidak, BN hanya menang tipis di Kubu Gajah (66 undi) dan Selama (355).

Bagaimana dengan kawasan lain PR menang tidak lebih 1000. Contoh di Kuala Kurau, Lubuk Merbau, Kuala Sepetang, Changkat Jong dan Teja. Sudahkah kita periksa pengundi baru di kawasan kita? Kalau ada lebih 1000 yang bukan didaftar oleh kita tetapi BN, kita perlu berhati-hati dalam situasi ini.

Bagaimana pula prestasi ADUN-ADUN PR kita dengan masyarakat. Baguskah servis kita? Adakah perkhidmatan kita di DUN boleh meyakinkan rakyat terus mengundi kita. Isu ada segelintir tak puas hati itu perkara biasa. Akan tetapi jika ada pengundi lepas yang menyokong kita tetapi dinafikan servis baik terhadap mereka boleh kekalkah undi mereka terhadap kita? Jangan perasan kalau ada dua atau tiga pengundi kita yang memuji dan rasa bangga akan sokongan tersebut tetapi sebaliknya ada dua atau tiga ratus dibelakang yang menyumpah kita.

Harus diingat juga, tidak dinafikan kebanyakan DUN PR calon Melayu menang dikawasan lebih 30% pengundi Cina dan India. Adakah kita benar-benar beri servis terbaik kepada Non Muslim ini. Pengundi Cina dan India juga merupakan pengundi yang bijak dan mereka dari semasa ke semasa melihat prestasi ADUN kita. Jangan banyak berjanji dengan mereka, kelak mereka tuntut janji.

Kini pada atas kertasnya, PR mesti menang dahulu kesemua 28 DUN yang dimenangi. Ucapan pemimpin PR terdahulu bahawa sekiranya diadakan Pilihanraya Perak sekali lagi, 45 DUN dijangka dimenangi PR tidak boleh diguna lagi. Kukuhkan 28 DUN menang dahulu, dan dalam masa yang sama kita perkasakan juga DUN kalah.

Dalam masa yang sama persiapkan jentera parti di DUN masing-masing, Bilik Gerakan sudah berfungsi, Pengundi baru pro kita ditambah, Pemuda terus didekati bagi menjamin kemenangan seperti yang diharapkan. Servis di DUN kita dilipatgandakan. Usah banyak bicara sebaliknya banyak bekerja.

Pujian diberi juga kepada Saf Kepimpinan Baru DPP Perak yang banyak melaksanakan program menawan hati pemuda. Justeru walau apapun penambahan undi muda amat diperlukan, kerana undi itulah penentu untuk kita memerintah kembali. Antara lainnya dicadangkan juga 60% calon PAS untuk Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang adalah dari kalangan pemuda. Tubuhkan Sekretariat Wakil Rakyat Muda supaya pelapis ini bersedia dicalonkan sebagai calon pilihanraya.

Akhirnya selamat berjaya kepada Pemuda PAS Perak atas pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat dan terus maju jaya.
(Penulis adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar)

Di Hantar Pemuda pada 6:51 AM

Saturday, October 17, 2009

PERUTUSAN KETUA UMUM KEADILAN, DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA HARI DEEPAVALI

PERUTUSAN KETUA UMUM KEADILAN
Saya sekarang berada di Sri Lanka dan dijadualkan memberi syarahan sempena memperingati Dudley Sinanyanke; mantan Perdana Menteri Kedua, Sri Lanka. Tatkala di Kerala, pernah dicoret bagaimana saya terkenang bacaan karya klasik seumpama Mahabharata dan Hikayat Ramayana.

Sudah tentu teladan dan nasihat yang sarat terkandung diambil menjadi pengajaran dan sempadan. Berpeluang menelaah dan merenung karya klasik dari pelbagai warisan dan tamadun membantu saya mengolah agenda kalimat as sawa.'

Ketika ini masih terkesan kupasan Sheikh Ighsan Hendricks, bagaimana akhirnya kezaliman ditundukkan jua serta pesanan almarhum Maulana Syed Abul Hassan Ali Hasani Nadwi yang dirangkumkan dalam jilid Saviours of Islamic Spirit.

Bumi Sri Lanka menyorot saya kepada kisah terkenal kemenangan Rama terhadap Ravana; Raja Pulau Lanka (nama purba Sri Lanka) yang menculik Sita. Rama diperikan dalam kisah Ramayana susunan Rishi Valmiki sebagai seorang yang tulus, ikhlas, bijak dan menjunjung prinsip Keadilan.

Makanya kemenangan Rama menumpaskan Ravana itu umpama kemenangan Keadilan ke atas kezaliman dan seperti cahaya mengalahkan kegelapan.

Buat semua yang meraikan hari Deepavali di Malaysia, saya mengucapkan Deepavali Nal Valthukal!


ANWAR IBRAHIM

Thursday, October 8, 2009

TIDAK TIMBUL BUDAYA SAMSENG DALAM PKR

Seri Iskandar
Parti Keadilan Rakyat(PKR)adalah Parti yang memperjuangkan Keadilan dan Kebenaran,manakala PAS pula Memperjuangkan Islam dan tidak timbul soal mengikut Budaya Samseng PKR kerana masing-masing Memperjuangkan perkara baik.Ketua Cabang PKR Parit,Kapten (B) Usaili Alias berkata,Budaya Samseng yang dikatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan kepenggunaan,Datuk Ismail Sabri Yaakob adalah tidak benar sama sekali kerana budaya itu datangnya dari Barisan Nasional(BN)sendiri.
Menurutnya,contoh terdekat yang boleh dilihat ialah Rompakan Kuasa BN di Perak dan ia adalah gambaran cukup cukup jelas BN mengamalkan Budaya Samseng dalam Parti mereka.
"Kita boleh lihat sendiri perjuangan PAS dan PKR yang mahu menengakkan Islam dan Keadilan serta mencari Kebenaran dalam sesuatu perkara.
"Jika kita lihat Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup meringkuk dalam penjara selama 6 tahun bagi menunjukkan Kebenaran adalah dipihaknya.BN yang sebenarnya mengamalkan budaya samseng kerana Merampas Kuasa dari Pakatan Rakyat di Perak walaupun mereka mengetahui undang-undang dan juga perlembagaan tidak membolehkan mereka berbuat demikian.
"Mereka tidak tahu Menghormati Kuasa Sultan dan merekalah yang sebenarnya Samseng kerana sanggup melakukan perkara demikian.
Jika benar PKR membawa budaya samseng dalam PAS,mereka tidak akan meletakan Perjuangan sebagai Memperjuangkan Keadilan.
"Tuntut Islam itu sendiri tidak pernah mengajar Budaya Samseng dan Budaya Melayu kita jugak penuh dengan nilai-nilai Kesopanan.Mana mungkin PKR membawa Budaya Samseng yang dikatakan mempengaruhi PAS.
"Jika kita lihat dulu,DAP dikatakan sebagai parti mempunyai Budaya Samseng,namun setelah PR membawa mereka dalam perjuangan,mereka telah berubah menjadi lebih baik,"katanya.
Setelah menyertai Pakatan,DAP kini sudah boleh berhujah dengan baik malah menggunakan ayat Al-Ouran dalam hujahan mereka.
"Ini bukan satu sindiran kepada Islam tetapi menunjukkan bahawa mereka melihat perkara yang baik dalam Islam,"katanya.

Monday, October 5, 2009

Mendambakan sebuah keadilan

Mendambakan sebuah keadilan...
Alhamdulillah 28 sept kemarin aku sudah memulakan padas di Koja, satu lagi episode yg perlu aku lalui demi mengejar cita-cita dan harapan.. Moga Allah memudahkan aku dan sahabat2 aku. InsyaAllah aku akan berusaha sebaik mungkin utk buat yg terbaik.. bukan tujuan aku di sini utk bercerita tentang padas aku di Koja.. Cuma ingin meluahkan isi hati aku dalam blog ini sebagai nota kepada diri aku di masa depan...

Semalam Kes perbicaraan ayah aku bersambung semula.. setelah lebih dari setahun tangguh demi tangguh dgn pelbagai alasan . Sebagai seorang anak agak tidak adil untuk aku mengulas kes ini kerana sudah pasti aku akan menyebelahi ayah aku... Tetapi lagi sekali.. jauh di sudut hati aku... aku yakin dgn ayah aku, kerana dialah yg menjadi idola aku selama ini...

Aku membesar dalam keluarga yg berpolitik... di sebabkan politik ayah aku telah membuat pilihan dalam hidupnya utk berhenti berkhidmat sbg kapten dalam angkatan tentera darat.. di sebabkan politik ayah aku sanggup siang malam mengorbankan sebahagian besar masa dan tenaga utk turun ke akar umbi menolong dan berkhidmat kepada masyarakat.. dan kerana politik juga ayah aku terpaksa berdepan dengan pertuduhan rasuah ini yg aku sendiripun tidak tahu bila akan selesai...

Aku tidak menyalahkan politik.. kerana ianya juga adalah sebahagian dari yg dituntut agama.. Cuma aku terkilan kerana politik manusia sanggup melakukan apa sahaja cara demi mengejar kuasa yg diimpi-impikan..

“ Ko nanti tak payahlah nak terlibat dgn politik, nanti jadi macam bapak” pesan kakak aku...

“Dah lama dah bapak ko berpolitik.. tapi satu apapun tak dapat.. keluar duit sendiri lagi adalah, dia tak peduli apa orang nak kata, walaupun sering diperlekehkan.. dia tetap juga nak berpolitik”

Bila difikirkan ada benarnya juga... dari aku kecil aku lihat ayah aku bertungkus lumus bekerja dan bergerak menjadi ahli politik.. dari kecil lagi aku terdedah dengan pelbagai cerita dan ragam org politik.. setiap kali ayah aku bersembang di rumah dgn member2 politik dia, sekali sekala aku curi2 dengar.. so sedikit sebanyak sepak terajang reality orang berpolitik aku tahu dan pernah dgr... Di luar kelihatan semuanya baik dan tenang, kerana masing2 berpura-pura... hakikat yg aku dapat lihat adalah dalam politik semua benda blh terjadi.. hari ini mungkin menjadi kawan yg paling rapat.. tapi besok mungkin menjadi musuh yg paling utama... kerana masing2 mengejar kuasa yg barangkali mereka lupa yg kuasa itu akan memperlambatkan perhintungan mereka di perbicaraan Allah kelak...

Perebutan kuasa politik di negeri Perak sejak Mac 2008 yg lalu tidak pernah selesai selagi DUN tidak dibubarkan dan hak dikembalikan kepada rakyat utk memilih pemimpin pilihan mereka... Kehilangan kuasa yg tidak pernah dibayangkan oleh mereka sejak 52thn yg lalu menyebabkan episode demi episode yg sangat memalukan dan tidak berkesudahan... disebabkan 3 org manusia habis satu kerajaan pilihan seluruh rakyat perak tumbang!.. malangnya kerajaan kudeta yg naik itu tetap mendakwa rakyat bersama2 mereka.. ironinya mereka takut utk berdepan dgn rakyat dgn membubarkan DUN...

Mengenai kes pertuduhan rasuah yg ayah aku hadapi, aku harap makamah dapat menyelesaikannya dgn segera dan adil.. Terus terang aku tidak akan pernah malu berhadapan terutamanya dgn sahabat2 aku kerana aku yakin ayah aku sekalipun tidak akan mengambil rasuah... jika dia mahu dari dahulu lg, masa dia jadi ADUN 1999 dulupun dia boleh menerima tawaran yg jauh lebih besar lg... Tambahan pula sejak dari dulu tak pernahpun ayah aku mempunyai duit yg banyak sehingga blh dirasai oleh kami sekeluarga... malah banyak dari wangnya dihabiskan dalam perjuangan politik dia...

Apapun sebagai anak aku akan terus memberi sokongan kepada ayah aku untuk terus berjuang semampu mungkin dalam mengejar cita2 politiknya utk terus berkhidmat dan memperjuangkan harapan rakyat... Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada ayah aku dalam menghadapi ujian yg Allah berikan ini.

Sudah 2 hari aku di RS Koja, padas agak penat dan meletihkan!... tapi Alhamdulillah semakin byk yg dapat aku perlajari. InsyaAllah next time aku akan kongsi pengalaman aku selama aku ber Padas (preclinical) di sini.. mohon doanya teman2, mohon doanya juga agar kes makamah ayah aku dapat diselesaikan dgn adil dan segera.