Thursday, February 5, 2009
Pimpinan Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman MB
Thu | Feb 05, 09 | 4:47:01 pm MYT
IPOH, 5 Feb (Hrkh): 4.30 petang - Seluruh pimpinan PAS Pusat dan Pakatan Rakyat, termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti, petang ini berkumpul di kediaman Menteri Besar Perak. Iklan
Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang yang baru pulang dari Gaza dikatakan akan terus bergegas ke Perak.
Mereka akan berbincang bagi mementukan tindakan seterusnya bagi menyelamatkan demokrasi dan mempertahankan hak rakyat.
Turut hadir MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sementara itu solat hajat dan munajat perdana yang sepatutnya diadakan di kediaman MB akan dipindahkan ke Stadium Perak atas nasihat pihak keselamatan.
Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan provokasi, kekacuan dan bertindak di luar batasan undang-undang.
Rakyat Perak diminta bertenang, berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah S.W.T. supaya Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dipertahankan.
Solat Hajat dan Munajat Perdana akan dipimpin oleh Dato' Tuan Guru Presiden PAS.
Semua pimpinan tertinggi dan MB akan memberi ucapan selepas Solat Hajat.
Dalam perkembanmgan lain, sehingga kini pembubaran Dun belum berlaku lagi,
Tuanku Sultan masih belum memberi perkenan Dun dibubarkan. Malahan Tuanku meminta Menteri Besar letak jawatan. Namun begitu Mohamad Nizar bertegas tidak akan meletak jawatan.
Kerajaan BN masih belum boleh dibentuk di Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang.
Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terdapat tiga cara untuk menukar menukar kerajaan. Pertama, melalui pembubaran Dun. Menteri Besar Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.
Kedua Menteri Besar Perak dan semua Exco meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.
Ketiga melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan.
Justeru, selagi Sidang Dun belum bersidang dan Usul Undi Tidak Percaya dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah
Aksi dua badut Perak pamer kebodohan sendiri
Wed | Feb 04, 09 | 10:53:50 am MYT
TIADA apa yang boleh dibanggakan oleh Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering), apabila kebodohan yang mereka ciptakan menjadi alat mainan politik Barisan Nasional.
Iklan
Media pengampu BN cuba untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin goyah.
Media pengampu BN cuba memberitahu rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mempunyai masalah dalaman yang besar.
Hakikatnya, kerajaan yang dibentuk ketiga-tiga parti, PAS, KeADILan dan DAP tidak mempunyai apa-apa krisis. Kerajaan stabil dan aman.
Yang bermasalah ialah kedua-dua Adun yang juga Exco. Mereka menghadapi tuduhan rasuah yang menanti dibicarakan.
Yang bermasalah ialah BN, yang semakin malu apabila Badan Perhubungan Umno Negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Tajol Rosli dikecam hebat kerana campurtangan sehingga merosakkan perpaduan Umno bahagian-bahagian di Perak.
Yang sedang binggung ialah BN, kerana sehingga kini mereka tidak boleh menerima hakikat terpaksa menjadi pembangkang setelah berkuasa sekian lama.
Lalu, dicetuskan drama dengan menggunakan dua orang 'badut politik', yang berpentingan dan bermasalah, guna menjatuhkan kerajaan negeri.
Dua 'badut sarkas' ini didakwa 'dibeli' untuk memasuki Umno-BN, dengan janji 'melepaskan' mereka dari pertuduhan rasuah, dan janji dikekalkan kerusi exco oleh pihak terbabit, jika BN berjaya membentuk kerajaan.
Drama yang tercetus di Perak bukan salah Pakatan Rakyat. Ia berlaku hasil lakonan dua pihak yang mempunyai kepentingan tertentu iaitu di antara BN dengan dua Adun terbabit.
BN menjangka imejnya akan pulih di Perak, jika mereka berjaya menguasai kembali kerajaan negeri dengan 'membeli dua badut yang bodoh' ini. Namun percaturan mereka tersilap.
Imej Umno-BN yang sudah sedia hodoh, sebagai parti yang paling korup dengan pelbagai tuduhan politik wang dan rasuah tidak akan dapat dipulihkan dengan kemasukan dua 'badut sarkas' ini.
Pertama, kerana keduanya terbabit dengan pertuduhan rasuah berat dan kemasukan mereka akan mencetuskan persepsi 'hanya perasuah sahaja yang diterima masuk dalam parti rasuah seperti Umno.'
Kedua, jika keduanya diterima masuk Umno dengan janji kes rasuah mereka akan digugurkan, ini akan mendorong rakyat semakin membenci Umno, kerana Umno jelas mengamalkan 'double-standard'.
Ketiga, jika keduanya masuk Umno dengan pelbagai tawaran lumayan sebagaimana yang disebutkan dalam afidavit Fauzi Muda, maka jelas Umno-BN yang 'meroyan' akibat kehilangan kuasa di Perak, mengamalkan taktik yang paling kotor, melanggari prinsip-prinsip demokrasi.
Keempat, BN mencemarkan imej Sultan Perak. Kerana mereka mencetuskan krisis dalam kerajaan negeri, pada ketika sepatutnya kerajaan dan rakyat merayakan pemerintahan ke 25 tahun Sultan Azlan Shah menaiki tahta.
Harus diingat, ketika Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, mengalu-alukan kemasukan Ahli Parlimen (MP) BN, yang mahu berhijrah, beliau menerima kecaman yang amat hebat dari kalangan BN.
Apa yang tidak mereka sebutkan ketika 'memaki hamun' Anwar? Beliau dituduh tamak kuasa, gelojoh, merasuah jawatan, tidak demokratik dan sebagainya.
Malah ketika Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim berhijrah menyertai KeADILan, beliau turut dicerca, kononnya beliau tidak bermoral dan tidak beretika.
Tetapi apa kata Presiden Umno yang juga PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengesahkan beberapa Adun KeADILan mahu memasuki Umno-BN dalam sidang media 1 Februari lepas?
"(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN.. menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah.
Inilah bukti kenyataan dan dasar 'flip-flop' Umno! Mereka boleh perbodoh dan peralatkan kedua-dua 'badut sarkas' terbabit. Tetapi mereka tidak boleh sama sekali memperbodohkan rakyat.
Dalam kes ini rata-rata rakyat Perak tahu menilai, bagi mereka konflik politik yang wujud di negeri ini, hasil ciptaan Umn-BN sendiri. Hampeh betui, kata orang Perak
Reaksi spontan rakyat apabila ditanya isu ini mereka menempelak kedua-dua 'badut sarkas' dan BN dengan ungkapan 'bodoh dan memalukan.'
Kedua-dua 'badut sarkas' ini sudah hilang banyak hari, entah ke mana tidak diketahui. Dimaklumkan ketika 'kehilangan' mereka, kereta kerajaan negeri yang digunakan mereka sebagai exco, pun tidak diketahui di mana.
Namun, apabila kes ini tercetus, kedua-duanya dilaporkan cuti sakit (MC) serentak.
Rakyat Perak tertanya-tanya apa penyakit dihidapi oleh dua exconya (kini bekas exco), sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di luar Perak.
"Kami pun hairan, Perak punyalah banyak klinik 'specialist', banyak bomoh, sampai hospital rawat orang gila di Tanjung Rambutan pun ada, mereka pergi cari tempat lain pasal apa," rungut seorang Ketua Kampung di Tanjung Piandang.
"Kalau MC pun takkan tak tau nak bagi notis sampai satu dunia orang cari tak jumpa, gamaknya depa (mereka) ni bekas posmen, bila posmen sakit tak boleh hantar surat, tunggu sihat dulu," komen seorang pengundi Behrang.
"Gamaknya (agaknya) depa kena penyakit gila babi, atau dijangkiti kuman JE, sebab itu kena kuarantin," perli seorang pimpinan KeADILan Perak.
Apa pun komen dan pandangan kepada Jamaluddin dan Osman, walaupun kini keduanya mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, namun mereka tidak boleh menolak persepsi rakyat bahawa mereka hanyalah pencacai yang dipergunakan Umno-BN.
Maruah mereka sudah tercemar di kalangan rakyat. Harga diri mereka sudah tidak laku dalam Pakatan Rakyat, jawatan exco habis, Adun pun habis, malah belum tentu mereka akan mendapat pembelaan BN, jika kes rasuah mereka berjalan di mahkamah.
Jika pun ada pilihan raya kecil (jika SPR mengubah keputusan), sudah tentu BN tidak akan mengambil mereka sebagai calon. Pakatan Rakyat sudah tolak mereka, orang-orang Umno pun akan tolak mereka.
Kepada Jamaluddin dan Osman, bertaubatlah, anda berdua sudah terperosok dalam perangkap akibat kebodohan sendiri.
Kes rasuah anda akan berjalan, tanpa pembelaan sesiapa, akhirnya jika anda didapati bersalah, anda berdua akan merengkok dalam penjara dengan penuh kehinaan._
SEJARAH LOMPAT PARTI DI MALAYSIA

Sejak bila UMNO pandai cakap soal moral..? Bila ADUN BN lompat parti, pemimpin UMNO menyifatkan tindakan tidak bermoral. Bila ADUN PR lompat mereka dianggap bijak. Suruh Pak Lah dan Najib jelir lidah, pastinya lidah yang anda nampak adalah lidah biawak.
Sejarah lompat sebelum ini menyaksikan UMNOlah paling tak bermaruah. Saya boleh lakarkan kembali fakta sejarah yang tak boleh dibohongi
a. PRU 1959
PAS menang 13 kerusi, Parti Negara 4 kerusi dan Perikatan (UMNO + MCA) hanya 7 kerusi. Kerajaan PAS Terengganu tumbang melalui undi tidak percaya apabila 3 ADUN PAS dan 3 ADUN Parti Negara menyertai UMNO
b. Pindaan perlembagaan 1994 Kelantan.
Enakmen anti lompat Kelantan diluluskan dan serentak dengan itu kerusi Limbungan dan Sungai Pinang diisytiharkan kosong kerana ADUNnya melompat dari S46 kepada UMNO. Berlaku pilihanraya kecil. Calon UMNO diwakili oleh 2 ADUN lompat, lawan calon S46 yang baru. ADUN lompat tewas. Enakmen itu menyaksikan Kelantan mendapat 2 ADUN baru yang menang dengan majoriti selesa. UMNO Kelantan cabar keputusan dimahkamah. Mahkamah membatalkan keputusan pilihanraya dan meyerahkan kerusi ADUN pada calon yang kalau. ADUN lompat itu ditabalkan sebagai "Wakil Mahkamah"
c. Pilihanraya SABAH 1994
PBS menang 25 kerusi, manakala BN memiliki 23 kerusi. Perlembagaan Sabah mengizinkan Parti yang memerintah melantik 6 orang ADUN tambahan, menjadikan jumlah kerusi PBS 31 kerusi. UMNO terlibat mengeruhkan politik sabah. 5 parti baru ditubuhkan dalam masa beberapa hari. (Inilah kecekapan Kementerian Dalam negeri bekerja). Berlakulah shopping ADUN secara besar-besaran. Hampir kesemua ADUN melompat menyebabkan PBS hanya tinggal 6 kerusi.Kerajaan PBS tumbang
Diposting oleh Najmi di 7:36 PM
kisah perjuangan
Bila aku tengah mengarang ini, jiwa ku selalu terusik lantaran kesedihan yg menimpa..
Bila aku tengah mengarang ini, pipiku mula dibasahi dengan linangan air mata..
Hakikatnya... Aku pon tidak mengerti..
Ku andaikan sje bahawa beginilah rencah dan lumrah kehidupan beserta perjuangan yg ku lalui sehari hari,
Oh dunia...
Engkau selalu berputar putar.. Telah banyak kali engkau saksikan akan keperitan dan linangan air mata dari seorang hamba.. Engkaulah jua membuatkan aku adakalanya merasa gembira, sedih dan dukacita...
(walaupun hakikatnya aku nampak gembira,
Sama2 kita berdoa malam Jumaat
WARKAH MENTERI BESAR PERAK
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa ke hadrat Allah Suhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
Merafa’ sembah memaklumkan perkembangan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun.
YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adunberkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.
Bekas 2 Exco dan ADUN PKR Derhaka kepada Sultan Perak.
Semasa majlis angkat sumpah kali pertama MB Perak, hak menamakan Menteri besar Perak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak adalah kuasa mutlak Sultan. Apabila Adun Behrang yang ketika itu dipanggil mengadap oleh Tuanku Raja Muda untuk bertanyakan persetujuan tentang pilihan bakal MB oleh Sultan iaitu Datuk Seri Mohd Nizar Jamalludin, beliau telah membantah keputusan Tuanku. Semasa itu semua pembesar-pembesar istana dan Ketua-Ketua Jabatan di negeri Perak telah berada di Istana untuk melangsungkan upacara berkenaan. Malangnya upacara itu terpaksa dibatalkan kerana tindakan Adun Behrang yang tidak bersetuju . Ini merupakan suatu pembaziran duit rakyat disebabkan pembatalan upacara tersebut. Oleh yang demikian pihak istana telah mengarahkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membuat akur janji menyatakan persetujuan secara pribadi untuk menyokong bakal MB yang dicalonkan (Mohd Nizar). Hal ini merupakan suatu penderhakaan wakil rakyat tersebut kepada Sultan Perak. Kemungkinan tindakan tidak menyokong itu kerana hasrat Adun Behrang tersebut untuk manjadi MB Perak terbantut. .. Oleh itu sangat layaklah dihadiahkan sebuah ‘cermin’ kepada beliau.
Difahamkan selepas itu beliau sering kali tidak sebulu dan bercanggah dengan MB Nizar termasuklah dengan pimpinan parti negeri. Apakah tidak cukup dengan alaun sebagai exco belasan ribu sebulan dan peruntukan DUN RM200 000 serta peruntukan khas exco RM100 000 untuk membantu rakyat di kawasan. Disamping itu beliau mendapat beberapa kompartmen kawasan balak dari kerajaan negeri. Yang pasti tiba adalah ‘bala’ dan mengkhianati perjuangan parti serta harapan pengundi dan rakyat negeri Perak.
Dalam keadaan menghadapi kemelut kemelesetan ekonomi rakyat dan pembelian kereta rasmi kerajaan negeri Camry, beliau masih tegar untuk tukar kereta Mercedes baru. Sebagai Exco, tanggungjawab beliau sepatutnya membantu MB, tetapi ianya tidak dilaksanakan dan gagal merancang sebarang aktiviti di bawah bidang Exco yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Umpan BN dimakan mungkin jutaan ringgit....
Rakyat Marhaen dan KecewaNizar: Saya tidak perlu letak jawatan
Andrew Ong | Feb 5, 09 12:16am
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.
Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh malam tadi, Mohd Nizar berkata saranan Najib yang juga timbalan perdana menteri itu, tidak mencerminkan apa yang terkandung dalam perlembagaan negeri Perak.
Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.
Beliau mengingatkan bahawa proses menukar kerajaan "tidak sama seperti menukar 'arung kopi".
Mohd Nizar juga membidas Najib kerana didakwanya cuba mengambil alih kuasa di Perak melalui cara yang tidak sah.
Berfungsi seperti biasa
Sebaliknya, kata beliau, Najib hanya mahu menakut-nakut rakyat dan melakukan sesuatu tanpa menghormati perlembagaan.
Oleh itu, Mohd Nizar meminta Najib - yang bakal menjadi perdana menteri - supaya berlaku adil kepada rakyat Perak.
Menjawab soalan pemberita, Mohd Nizar berkata, kerajaan Pakatan akan terus berfungsi seperti biasa sehingga Sultan membuat keputusan berhubung permohonan pembubaran dewan undangan negeri.
Sebelum ini,Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.
Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.
Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.
Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam.
Ringkasnya
MB baru hanya boleh dilantik setelah
1. Menteri Besar Nizar meletak jawatan .. MB belum meletak jawatan
2. Melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Perak .. Dewan belum bersidang dan usul belum boleh dibuat.
Tuesday, January 27, 2009
Ceramah Khas Mesra Rakyat Meraikan YB Dato' Nasarudin Hashim

Penceramah
1. Dato' Seri Anwar b. Ibrahim - AP Permatang Pauh
2. Dato' Seri Ir. Mohd Nizar b. Jamaluddin - MB Perak
3. Dato' Nasarudin b. Hashim - ADUN Bota
4. Tuan Hj. Usaili b. Alias - Penyelia DUN Bota
Tarikh : 30 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Stadium Bakri Rais, Bota Kanan, Perak.
Semua dijemput hadir.
Majlis Kesyukuran PKR Cawangan Telok Bakong
Sunday, January 25, 2009
Tahniah YB Nasarudin Hashim ADUN Bota
Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat sini sebentar tadi.
Dengan perkembangan ini, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN yang kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.
Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua sejak Oktober 2006.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.
Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.
Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusiPETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009
Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-
- Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
- Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
- Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
- Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.
DATO NASARUDIN BIN HASHIM
ADUN BOTA NEGERI PERAK
Seluruh masyarakat di DUN Bota dan seluruh Malaysia mengalu-alukan kehadiran YB Nasarudin Hashim menyertai kerajaan Pakatan Rakyat Perak.Thursday, January 8, 2009
K-Ekonomi
Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota melalui K-Perak telah memberi penerangan Tentang Dijital 3D Modeling dan BPO Industry.Taklimat ini Khas Untuk Lepasan SPM ke atas.Lepasan Diploma dan Ijazah di galakkan menyertai taklimat ini.Seramai 60 orang peserta terlibat dalam taklimat ini pada 07/01/09.Dengan inisiatif Kapt(B) Hj.Usaili b.Alias taklimat ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Para peserta dengan penuh minat mendengar taklimat yang di sampaikan oleh Eksekutif K-Perak mengenai kursus ini.
Sebahagian ketua-ketua kampung Dun Bota turut memberi semangat kepada Belia-belia kampung masing-masing.
En.Saidon b.Putih Head IT and Corporate Planning K-perak dan Rakan-rakan dari India Turut turun padang untuk memberi semangat kepada Belia-belia Dun Bota.Untuk menyertai Kursus ini.
Eksekutif dari K-Perak memberi taklimat yang jelas mengenai kursus ini.
Chee Su San memberi taklimat mengenai BPO Industry.
Friday, January 2, 2009
PROGRAM PENERANGAN PALESTIN
Suasana - suasana Majlis
Penduduk-penduduk Bota Kanan Beramai-ramai mengangkat pesanan masing2 bersama Kapt(B)Hj.Usaili b.Alias.
Semangat yang tinggi oleh penduduk Bota Kanan dapat pujian dari Kapt(B) Hj.Usaili b.Alias.
Marilah kita sama-sama berdoa supaya gaza selamat...dari ancaman jahat.
Bantuan Pelajar Miskin sesi 2009

Program Jom Kembali Ke Sekolah diadakan pada 01/01/09 (Khamis) Jam10.00am.Bertempat diperkarangan Pusat Khidmat Dun Belanja Seleboh.Dirasmikan oleh Penyelia Dun Bota dan Penyelia Dun Belanja.Seramai 29 orang menerima bantuan ini.Bantuan berbentuk Baju,beg dan kasut.Bantuan ini dari Yayasan Perak.
Kapt(B) Tn. Hj Usaili Bin Alias Penyelia Dun Bota memberi ucapan
Ustaz Hj. Muhamad Ismi Bin Mat Taib Penyelia Dun Belanja memberi ucapanPelajar Miskin kategori Rendah menerima bantuan


Pelajar Miskin kategori Menengah menerima bantuan


Hadirin yang turut memeriahkan suasana

Semoga Majlis ini mengeratkan hubungan antara penduduk Dun Bota dan Dun Belanja
Monday, December 29, 2008
Majlis Taklimat "Peranan Jabtan Pertanian,PPK Bota / Lambor Dan Veterina
Tarikh :31/12/08
Tempat: Dewan Masjid Jamek Bota Kanan
Masa: 2.00ptg - 5.00ptg
Anjuran : JKK Kg Selat Bota Kanan,Pusat Khidmat Masyarakat DUN BOTA,Jab.Pertanian,Pertubuhan Peladang Kaw. Bota /Lambot & Jab. Veterinar Perak Tengah
Objektif:
- Mengsemulakan Penggunaan / tanah dengan Konsep Guna pakai
(BUMI Hijau)
- Menterjemahkan maksud 'Pertanian adalah perniagaan' .Kumpulan Pengembangan wanita / KPW/Produk )
# Hadirin Di jemput Hadir Ke majlis tersebut
Sunday, December 28, 2008
Lawatan Sambil Belajar Ke Kelantan
Antara tujuan lawatan ini:
a. Belajar cara-cara mengurus & mentadbir Sesebuah Kg di Dun-dun Kelantan.
b. Mengerat Hubungan Siratulrahim
c. Membuka minda Ketua Kg & JKKK Dun Bota belajar & bertukar pendapat antara 2 Negeri Perak & Kelantan.
Majlis Awal Muharram 1430
Acara :
- Membaca doa Akhir tahun
- Membaca doa Awal tahun
- Solat Maghirb dan Isyak berjemaah
- Makan malam
disamping itu diadakan juga
a. melancarkan rukun tetangga Kg Teluk Kepayang
b. menyerahkan cek projek-projek kecil DUN Bota berjumlah RM25,000.00 daripada Pakatan Negeri Perak kepada
- PIBG Sekolah Menengah Lambor Kiri
- PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Changkat
- Pusat Khidmat DUN Bota
- JKKK Kg Teluk Bakong Hilir
- JKKK Kg Selat Bota
- JKKK Kg Aji Bota
- JKKK Teluk Kepayang Hilir
- JKKK Kg Baru Bota
Gambar-gambar suasana
Saturday, December 13, 2008
Majlis Perlancaran Pusat Khidmat DUN BOTA
Antara ketua-ketua kg ,JKKK Kg dan orang ramai yang turut memeriahkan suasana majlis
Orang Ramai menjamu selera
Kapt(B)Tuan Hj.Usaili b.Alias beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Semoga dengan ada pelancaran ini PKM dapat membantu segala masalah penduduk Dun Bota.
Amin........


