Sunday, February 15, 2009

Siri 2 Ceramah “Kembalikan Kerajaan Rakyat” di Dataran Pak Anjang @ Tebin Mat Ganti Telok Bakong



Malam semalam siri ceramah kembali kan kerajan rakyat disambung di Telok Bakong, 11hb Februari 2009,pimpinan Pakatan Rakyat Perak Tengah telah melancarkan siri road tour ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat jelata tentang isu isu yang sedang melanda negeri tercinta.

Siri kedua ceramah ini berlangsung di dataran Pak Anjang atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Tebin Mat Ganti. Pengacara majlis ialah Encik Anas dan Y.B Usaili Alias bertindak sebagai penceramah utama.Ketua Parti Keadilan Rakyat Cawangan Telok Bakong iaitu Encik Zainal Aznam bertindak selaku tuan rumah.Turut hadir ialah tokoh pendidikan yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Damanhuri.

Didalam ucapannya Y.B Usaili Alias,beliau telah membongkar sebab musibab Nasarudin membuat keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.Terdapat empat sebab yang utama selain sebab sebab yang telah dinyatakan sendiri oleh Nasarudin di Bota Kanan tempohari. Sebab yang pertama seperti yang di huraikan oleh Usaili ialah tentang laporan berlakunya rasuah semasa pemilihan Umno di peringkat Bahagian yang telah dilaporkan telah tidak sampai ke peringkat atasan kerana telah di tutup oleh Haji Zaim dan Tajol Rosli diperingkat Negeri. Ini menyebabkan Nasarudin telah tewas di tangan Haji Zaim akibat gejala rasuah yang berleluasa sejak dari mesyuarat peringkat cawangan lagi.

Y.B Usaili turut menambah lagi,punca kedua ialah peruntukan PRU 12,sejumlah RM300,000 tidak sampai ketangan Nasarudin. Semuanya telah dibolot oleh Haji Zaim. Setelah Zaim memenangi pemilihan Ketua Bahagian Parit,beliau telah melakukan cantasan dan pemancongan terhadap para penyokong Nasarudin.Ianya melibatkan kira kira 23 orang penyokong penyokong Nasarudin. Turut mengecewakan Nasarudin lagi ialah apabila Haji Zaim telah menjual tanah seluas 100 ekar kepunyaan Yayasan Parit yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat. Wang berkenaan digunakannya dalam kempen pemilihan Ketua Bahagian dan ianya telah berjaya menewaskan Nasarudin.

Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Negeri Perak telah membuat keputusan bahawa dibawah tekanan, Menteri Besar Dato Seri Mohammad Nizar terpaksa berundur dari residensi rakyat (rumah rasmi MB) dijangkakan pada 15hb Feb. Namun begitu Dato Seri akan mengunjungi setiap kawasan parlimen di dalam Negeri Perak dalam masa selang dua hari untuk memberi penjelasan kepada rakyat.MB akan mengunjungi parlimen Parit pada 22hb Feb.2009. Suatu Konvensyen Rakyat akan diadakan pada 20hb Feb.2009 bertujuan untuk mengupas serta membuat huraian terhadap permasalahan yang berlaku sekarang. Pakar undang undang dan motivasi akan dijemput untuk memberi penjelasan kepada rakyat.Usaili juga turut menyeru kepada orang ramai untuk menyerbarkan maklumat maklumat tentang senario yang berlaku di Perak kepada orang ramai.

Msinc- emak msinc,tak pernah ajor msinc menipu…hi..hi..

OLEH:TBO

No comments:

Post a Comment