Thursday, February 5, 2009

Bekas 2 Exco dan ADUN PKR Derhaka kepada Sultan Perak.



Semasa majlis angkat sumpah kali pertama MB Perak, hak menamakan Menteri besar Perak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak adalah kuasa mutlak Sultan. Apabila Adun Behrang yang ketika itu dipanggil mengadap oleh Tuanku Raja Muda untuk bertanyakan persetujuan tentang pilihan bakal MB oleh Sultan iaitu Datuk Seri Mohd Nizar Jamalludin, beliau telah membantah keputusan Tuanku. Semasa itu semua pembesar-pembesar istana dan Ketua-Ketua Jabatan di negeri Perak telah berada di Istana untuk melangsungkan upacara berkenaan. Malangnya upacara itu terpaksa dibatalkan kerana tindakan Adun Behrang yang tidak bersetuju . Ini merupakan suatu pembaziran duit rakyat disebabkan pembatalan upacara tersebut. Oleh yang demikian pihak istana telah mengarahkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membuat akur janji menyatakan persetujuan secara pribadi untuk menyokong bakal MB yang dicalonkan (Mohd Nizar). Hal ini merupakan suatu penderhakaan wakil rakyat tersebut kepada Sultan Perak. Kemungkinan tindakan tidak menyokong itu kerana hasrat Adun Behrang tersebut untuk manjadi MB Perak terbantut. .. Oleh itu sangat layaklah dihadiahkan sebuah ‘cermin’ kepada beliau.

Difahamkan selepas itu beliau sering kali tidak sebulu dan bercanggah dengan MB Nizar termasuklah dengan pimpinan parti negeri. Apakah tidak cukup dengan alaun sebagai exco belasan ribu sebulan dan peruntukan DUN RM200 000 serta peruntukan khas exco RM100 000 untuk membantu rakyat di kawasan. Disamping itu beliau mendapat beberapa kompartmen kawasan balak dari kerajaan negeri. Yang pasti tiba adalah ‘bala’ dan mengkhianati perjuangan parti serta harapan pengundi dan rakyat negeri Perak.

Dalam keadaan menghadapi kemelut kemelesetan ekonomi rakyat dan pembelian kereta rasmi kerajaan negeri Camry, beliau masih tegar untuk tukar kereta Mercedes baru. Sebagai Exco, tanggungjawab beliau sepatutnya membantu MB, tetapi ianya tidak dilaksanakan dan gagal merancang sebarang aktiviti di bawah bidang Exco yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Umpan BN dimakan mungkin jutaan ringgit....

Rakyat Marhaen dan Kecewa

1 comment:

  1. bagi aku, mamat dua....ni memang orang yang tak layak menjadi pemimpin untuk rakyat....

    ReplyDelete